(-_________-) T.E.K.A.N.L.A

Sunday, February 5, 2012

Bookmark this website, cause you'll definitely be hooked! #ChurpChurp, one of your fav sites.

Bookmark this website, cause you'll definitely be hooked! #ChurpChurp, one of your fav sites.

- Maulidur Rasul-Biodata Baginda-

Assalamualaikum.....Terlalu lama saya menyepi dalam dunia ini,huhu mungkin sebab hati dan mood..so!! permulaan yang penuh barakah..jum saya ceritakan sedikit tentang RasululAllah yang kita cintai ini.


Pepatah Melayu ada mengatakan “Tak Kenal, Maka Tak Cinta”. Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.



Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ‘ St. Valentino ‘ daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW.



Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.



BIODATA RASULULLAH SAW



· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).



USIA 5 TAHUN



· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.



USIA 6 TAHUN



· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.



USIA 8 TAHUN



· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.



USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).



· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.



USIA 20 TAHUN



· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.



· Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.



USIA 25 TAHUN



· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.



USIA 35 TAHUN



· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.



USIA 40 TAHUN



· Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.



USIA 53 TAHUN



· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.



USIA 63 TAHUN



· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.



ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW



§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam’ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin).



ANAK-ANAK RASULULLAH SAW



1.. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra ‘



ANAK TIRI RASULULLAH SAW



Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).



IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN



1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad



SAUDARA SUSUAN



1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza
3. Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza
4. ‘ Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza



BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)



1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ‘ bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***



*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.



Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam

syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas ) 

copy dari fb :) 

Tuesday, May 17, 2011

Tak Paksa "Berubah"


Assalamualaikum...

Good morning semua...lalalal..saya tau harini hari WESAK! sapa raya cepat angkat tangan...

hey..memandangkan harini cuti..apalah kalian sekalian alam ni nak buat di pagi2 hari ni? selain membuta sampai zohor? ooo00ppss!!

saya baru tutup buku Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkahlaku...hohoho examya ada 3 hari lagi...tapi agak tensen sama ini subjek sebab dia terlalu luas..

"a.l.a.s.a.n"

okey..back to the topic..Tak Paksa??

hidup ini terlalu rahsia buat kita,contoh paling mudah..exam nanti agak2 apa saya baca harini kuar tak?? jeng! jeng! RAHSIA terbesar buat PUAN MASHIRA aka my lecture...

kalau bercerita pasal kasih sayang...adakah anda berahsia dengan kekasih anda? yela..xkanlah semua nak bercerita sama dia..tetibe rindukan EX pon nak cita ka? tu cari pasal namanya..rite? haha..jap! nak gelak...haha..wahahahhaha
(>_<")

berdasarkan pengalaman saya 2-3 harinilah...lepas dengar kawan2 berceloteh..blog2 bercerita dan dikala hati berbisik.

ramai cakap:  "aku nak berubah untuk jadi lebih baik ar"
saya cakap : "demn! good..haha.."
ramai cakap: "banyaklah ko good..ingat mudah ker?"
saya cakap : "sembang boleyyy"

okes..kita nak berubah perlukan satu masa,so jangan pegang ayat ni "MANUSIA BOLEH BERUBAH DALAM SESAAT JER"

sebab sesaat tu adalah satu detik yang mustahil okey...haha.kenapakah aku perlu kata2 begitu pada saat..kecian dia..

cuma satu,niat dasar hati kita...bila kita nak berubah untuk jadi lebih baik atau berbeza daripada sekarang kita perlukan satu pergerakan minda,hati dan fizikal kita.

kata nak jadi hamba Allah tersoleh/solehah,so ikut ajaran Islam sebaik2nya
kata nak jadi cikgu terbaik..so,belajar elok2 kat IPG ni..
kata nak jadi anak terbaik.so,dengar cakap parents
kalo nak jadi kekasih terbaik,so jadilah yang terbaik untuk mendapat yang terbaik
kalo nak jadi kawan terbaik,so jadilah kawan yang berguna
kalo nak jadi terbaikkk....layanlah sesuatu itu seperti mana kamu mahukan yang terbaik dari ia

senang kan?

cakap senang ar..helloww..im writing now..not use my mouth lol 

"Mustahil untuk kamu melakukan satu perubahan yang kecil kalau kamu masih menggunakan cara yang sama"

ps: perubahan yang besar melalui satu niat yang kecil

pss: muhasabah diri..dikala anda berjaya mahupun dikala anda kegelisahan..apa yang penting..ingat pada siapa kita bergantung dan percaya...insyallah..Dia sentiasa ada untuk kita..
psss: jum teman saya cycling..seronok pula kayuh basikal pagi2 ni..dari tido000

Thursday, May 12, 2011

Hyep!!
Selamat petang semua..huhu..semua mesti tengah study kan? Minggu depan dah exam..yey!!! 
i like exam mode sebab masa tulah saya akan tido lebih banyak dari selalu..demn!!

Somebody plisss..slap my face...laju2!!

Betul ar..niat post kali ini ialah nak minta seseorang bagi saya penampar laju2...pliss im begging u.. TAMPAR bagi saya sedar yang exam dah dekat..buku x bukak lagi..note xtulis lagi..ergh!! camna nak jadi pelajar minda kelas pertama ni...

Musim exam..apa saya buat ya..saya tido..makan..tido makan...pastu blogging sampai lebam..pastu campak henset merata,kawan call n sms..hihi..3 jam lepastu baru nak balas..OMG...denm teruk ini olang...
Better u skype saya lagi laju saya balas..haha..

Tadi duk mereng2..heret buku ke katil..yum..yum.mama suka peluk BUNA!!..hurmm..i mish ur papa p la sayang..erk! buat apa nak rindu pada orang tak sayang..lalalalala..its ok..orang kata sayang tu xsemestinya sampai tahap nak kawen rite?? Lagipon ai ni muda lagi sampai nak mandi bunga sebab nakkan kasih sayang seorang lelaki..giler aih..ayat macam loser..hak2...ayu gelong!!

GELONG..GELONG..JANJI JANGAN KACO LAKI OLANG KEY!

Semalam orang duk kalut nak photstat nota sebab nak baca..aku sebok nak merayap sambil tawarkan diri nak jadik driver..kui2..tu xder kerja namanya..menjadahkan diri pulak...yelah! aku nak climb orang xsuka..baik aku jadi perempuan sopan2..xder panjat sana sini..tekan pedal kerete jer.. :p


Hoh!! Already mms kuku purple to my dear friend! ZAZA..hihi..busan2..tetibe cari Nabila dan minta pewarna kuku..kuitiq?? kukuitik? Haha..lawak bila teringatkan An yang sebut menda tu as KUKUITIK..hahaha

Alang alang cuti hari pekerja wanita sedunia ni..ai warnakan jer kuku ini.. ni tak pernah saya amalkan key..entah MOOD EXAM mai tetibe suh warnakan pulak..
Errrrrrrrrkkk!! Hate dis..lepas sapu sapuuu sapu baik punya..huh..buruk der..i hate purple... see??




Kalo ada laki ni..memang sah dia xbagi aku belai pipi dia pakai jari ni.. (~_~)
Hurmm.memang xder seni nak jadi perempuan cabret..huh?? syukur Allahamdullilah...tuhan xbagi saya terlalu berseni dalam menjahanamkan diri ini...hehe..mana dak cina nieh! Nak mintak removal kukuitik nieh...buruk benor rupenyer aih!!

Moral of da story..musim exam orang baca bukulah ngeng!!

Ps: xder sapa berani nak penampor aku lagi ni..mana mau sedar...lalalalalala...

Wednesday, May 11, 2011

jangan kau berputus asa-spider

nice one to hear this morning..
sedang membuat homework..hihi..cikgu ayu ada homework..sambil dengar lagu kat youtube..cubalah hayati lirik ni elok2..betul3 menarik dan memberikan kita satu semangat baru..yeay!!!


Gerbang mu terbuka mencabar ku
Melangkah menurut rasa rindu
Biar pun nanti antara kita
Ada yang mungkin terkorban
Biar pun nanti kita terhukum
Kerana melanggar kebiasaan

(chorus)
Cinta tak pandang
Tak kira siapa
Ia kan mencuba
Selagi mana pencinta
Terdaya menahannya
Dia akan dicuba

Sebelum gugur tercalar jiwa parah
Jangan kau gugurkan airmata
Sebelum putus tali Tuhan Yang Esa
Jangan kau berputus asa 

Nada mu menangis menduga ku
Dekati dirimu yang ku rindu
Biarpun nanti antara kita
Ada yang mungkin menyesal
Biarpun nanti kita terpaksa
Membayar harga yang tak setimpal 

Tuesday, May 10, 2011

kenapa kita malas?

Assalamualaikum..hyep!!
Kenapakah kita malas?? Boleh sapa terangkan tak..halooo...yess!! great..sebab saya teramat malas dalam dua hari ni..haiya...apasal ma?? Sebab risaukan diri yang malas ni so saya godek2 kat tenet..tanya..kenapakah kita malas..why we are lazy...banyak lemak?? Yela..yela..saya ngaku saya dah gemuk ni...

Tahukah anda mengapa kita selalu bersikap malas?
1.   Kita sudah selesa dengan cara kita
-kita sudah selesa..adakah kamu selesa dengan situasi kamu sekarang? Selesa berada di takuk yang sama,sembang benda tidak berfaedah..paling kurang

Sunday, May 8, 2011

trip ke Thailand..masa untuk lepaskan tensen!!

Assalamualaikum...
Hai semua..rindukan blog..huhu..agak lama menyepi dengan cerita yang ceria dan riang seperti saya ini..o00ppsss!! cikgu jangan riak...ekekekeke...baikkk..

Semalam bersamaan dengan 7 Mei 2011 saya pergi oliday!! Hik..hiks..galoks pergi bercuti oversea walaupun duit kering kontang hujung2 sem ni..
So..sebelum exam ni,sebelum semua org Nampak saya kekah buku dan nota baik semua Nampak saya ceria dan seronok dulu..kalau hujung minggu lepas saya nagis2 ke sedey2 ke bunuh3 ke..so..kali ni saya nak ceritakan cerita saya ke HATYAI THAILAND!!!..

Tempat bercuti paling seronok pernah saya pergi..
Huhu..walaupon kelamkabut pagi semalam gara2 dapat call pagi ni dan setengah jam lagi nak bertolak..lalalala...TRASFORMER!!
Jum tengok cerita bergambar!!
Masa ni kat imegresen kat Padang Besar Perlis untuk proses border pass dan insuran pepe ntah..


Huuuuuuu...bila tengok duit ni..xrasa nak sayang

Thursday, May 5, 2011

jap..jap

TETIBE RASA NAK NAGIS..ERKKK..HATI SAYA TETIBE RASA SAKIT...DADA NI MENUSUK2 JER...
ERKKK!! JAP!! OKESS...THANKS...

(__________"")

Ps: ignore me pliss!!! 

Tuesday, May 3, 2011

nilai kasih sayang yang sebenar

assalamualaikum..hi...


baru pas mayang isya dan mengaji (>_<") hehe..xpe..orang cakap beramal tengah2 pagi ni lagi afdal..acilah solat pagi2 ni..lagi khusyuk rasanya.. jam baru 4.40pagi..aihh..kenapa xmengantuk lagi ni...belek-belak facebook..haizhh..boring suda...xder sapa nak teman...hohohoho...


tetibe teringat kat sorang kawan ni..hurm..kawan baik, sejak sem 1 kat IPG ni kenal dia melalui outdoor..agak rapat pon sebagai kawan jerla..nak lebey2 tu xderla...kalo betul nak lebey?? rasanya masa aku kenal dia tu sampai sekarang dan dua orang lelaki lain aku sayang..haha..kenapa tak sayang dia jer?? dah sebab aku sayang dia sebagai kawan... (~_~) lagipun aku tau dia sayang separuh mati awek dia..cuma kepala dia jer xberapa nak centre...kekadang pergi buat hal kat facebook.aku..haha..cari pasal namanya~~~


topik saja nak sembang..kasih sayang yang sebenar...hurm..camna eh?? kalo dah kenal lama..bercinta lama2 tu boleh sayang tu jadi kasih sayang sejati tak?


atau kenal dah lama..baru rapat dalam setahun...tapi sayang tu jadi macam satu perasaan yang halus dan sukar kita nak pertikaikan..